Friday, December 31, 2010

new YEAR, new LIFE, new HOPE.


GUYS.
just a short update from me. happy new year 2011.
hope this new year might bring to all of you more joyful experiences in your life.

wait for more entries in this coming 2011.

HAPPY NEW YEAR 2011. 

love and faith - ezmierhilmie.blogspot

Tuesday, December 21, 2010

It's All about Fashion - 'feel it and love it'









kerana mulut badan binasa

          kata orang tua-tua, jangan bermain di waktu senja, jangan duduk di tepi tangga dan macam-macam petua. seringkali kita mendengar pesanan dan nasihat dari orang tua-tua yang menginginkan yang terbaik untuk anak mereka. satu lagi yang seringkali kita dengar ialah pepatah, rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. mungkin itu semua pada zaman era 30-an hinggalah 60-an dahulu. kita sudah pun masuk ke zaman millenium dan rambut manusia juga sudah pelbagai rupa, warna dan bentuk. apatah lagi hati. tetapi kita ketepikan dahulu soal rambut mahupun hati. yang ingin diketengahkan dan dikongsi bersama buat tatapan semua adalah pepatah kerana mulut badan binasa.

          kita sering lupa dan alpa bahawa anggota badan kita yang satu ini mempunyai peranan yang luar biasa dalam kehidupan kita seharian. bagaimanakah agaknya keadaan kita kalau anggota yang boleh dikira sebagai yang terpenting ini hilang dalam sekelip mata. itu sebablah kita perlu bersyukur dengan kurniaan dariNya. mulut mempunyai kuasa yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan seharian kita. cuba kita tukar istilah mulut ini kepada bibir, abjadnya tidak sama tetapi maksud serta intipati yang ingin diampaikan mempunyai retorik yang sama. pesanan orang tua ini sememangnya tidak boleh dipandang enteng kerana disebabkan bibir kita boleh hilang segala-galanya. sahabat, teman, keluarga, harta dan sebagainya. budi bahasa yang menjadi jambatan kepada masalah ini.

          masyarakat melayu terutamanya, amat sinonim dengan masalah mulut celupar atau dengan kata lain, mulut tak ada insuran. benarkah permasalahan ini hanya melanda masyarakat melayu yang merupakan kaum majoriti di negara kita. ketepikan sekali lagi seketika soal kaum atau masyarakat, kerana yang menjadi virus atau barah dalam permasalahan ini adalah sikap diri sendiri. mungkin kita terlepas pandang bahawa apa yang kita keluarkan dari bibir kita mungkin ada menggores hati serta menyakitkan jiwa orang disekeliling kita tanpa disedari. ada pula yang menjadikan mulut sebagai alat untuk mengumpat dan mencaci serta menghina orang lain sedangkan, paku dulang paku serpih, mengata orang, diri sendiri yang lebih.

          seperkara lagi, apa yang kita keluarkan dari mulut kita dan apa yang kita perkatakan kepada umum terutamanya rakan-rakan kita perlu dipandang serius dan dititikberatkan. sememangnya, yang dikatakan itu mungkin ada benarnya bagi yang bercakap benar dan yang selebihnya, adalah rekaan semata-mata sekadar untuk menambah perisa dalam cerita. sama seperti dalam masakan. kalau tiada garam, ajinomoto, pasti rasanya seperti buah petola, pahit bukan. begitulah juga dengan diri kita. seelok-eloknya kita perlu menilai diri kita dan berkata pada diri sendiri, sudah cukup baikkah diri kita untuk menilai serta mengkritik orang lain. mungkin bagi sesetengah orang, sikap suka menilai seseorang hanya daripada setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya tidak dapat dikikis lagi.

          bukan untuk berpura-pura baik seperti malaikat tetapi natijahnya, itulah perkara penting yang perlu diambil kira. bercakap baik, berkelakuan baik bukan untuk menjadi hipokrit, tetapi itu yang ditekankan oleh masyarakat kita dalam budaya melayu. tiada orang dalam dunia ini yang ingin menjadi jahat tetapi faktor keadaan sekeliling dan diri sendiri yang membuat diri menjadi jahat. akhir sekali, yang dikatakan bukanlah omongan kosong tetapi fikirkanlah. mungkin sesekali dalam hidup kita, kita perlu jadi hipokrit kerana hipokrit itu juga penting dan kuasanya sangat besar. peace. love and faith.