Saturday, May 28, 2011

cinta datang tanpa diundang; cinta pergi tak diketahui.

hello bloggers.
seperti yang dijanjikan, sekarang dah kena rajin update blog. nanti kawan-kawan tak keluarkan ayat-ayat untuk MENYENTAPKAN aku. 

isnin dah mula start sem baru. 

OH MA GADDD OH MA GADDD.

 i'm not ready yet for classes, assignments but i really enjoy to meet all my friends, jumpa junior yang 'auuummmm'.

seriously sebenarnya tak tahu nak cerita apa, tapi inilah pengalaman selama 
20 tahun hidup. cuti semester selama sebulan ini juga aku menyambut hari kelahiran yang ke-20 dan seperti yang dipendam dalam hati, rasanya dah sampai masanya untuk bercanda bersuka-ria. 
by the way, siapa tak rasa LONELY kan kalau dah 20 tahun single. tapi kan, apa yang aku lalui selama ni aku rasa penat nak percaya pada orang yang suka menaburkan janji dan kata manis tapi tak pernah nak tunaikan. sedihkan, tapi aku percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
kawan-kawan pun ramai cakap, 'you are just 20 muda lagi seyh'. betul jugak apa diorang cakap. tak perlu nak menangis meraung-raung takde kekasih hati sebab satu hari nanti pasti ada yang datang. 

last but not least, from now on, I need to forget what have gone; appreciate what still remains and look forward to what's coming next. come on hilmie.

Wednesday, May 25, 2011

bila semua berbicara tentang result .

sudah sekian lama agaknya blog ini bersendiri.
maaflah, sebenarnya cuma tak ada masa nak berblogging macam orang lain. dan secara jujurnya, i'm not into blog blog ni sangat sebab banyak lagi benda saya boleh buat macam korek hidung, kira bulu kaki dan sebagainya.

jadi ada kawan yang marah. dia kata " kau ni nama je ada blog tapi malas nak update. meh aku jadi PA kau update kan pasal kau setiap hari " katanya.

OMG OMG OMG. saya bukan artis. mungkin belum lagi. mark that.
jadi mulai saat ini aku berazam untuk rajin mengupdate blog untuk menambah followers. terima kasih pada semua ya.

sebenarnya nak cerita pasal

RESULT!!!

sekarang ni budak uitm semua duk sibuk2 check result, tanya result kawan-kawan dan macam2 lagi. tapi jangan lupa jasa lecturer dan kawan2 yang banyak membantu kita dalam mencapai keputusan yang cemerlang.

jadi di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan dan juga lecturer yang banyak membantu dalam tempoh pengajian ini. 

4 hari lagi dah nak start belajar !!! still not ready yet.







Sunday, January 30, 2011

campus life

hello readers. 
lama weyh tak update blog for new entry. im so sorry. im too busy for the first month with early project and assignments. almaklumlah, lelaki berkerjaya. berkerjaya kah? forget about it.

by the way, for new entry, diri rasa tertarik untuk berkongsi sedikit tetang apa yang dilalui selama sebulan ada kat kampus. macam2 perasaan.  
sedih, happy, muram, gila, sewel, otak nak tercabut, meroyan 

and macam2 lagi. tapi semua best. tak sampai sebulan dekat kampus, walaupun tidak terlibat dengan Minggu Destini Siswa dek kerana mulut2 jahat yang mennyingkirkan KAMI THE MOVIE, terpaksalah akur untuk tidak menjaja diri. so niat utama semester baru untuk menjadi low profile. masalahnya, tak jadi niat tu. bukan tak jadi sebab taknak atau tak mampu. tapi dah cuba pretend untuk menyorokkan diri, but at last, org lain yang 'up' kan nama dan diri ini. sincerely, i really appreciate it. pendek kata, tak sampai sebulan, dah ramai jugaklah yang kenal dekat kampus tu. kalau kat facebook jangan ceritalah. bukan nak bongkak atau menunjuk2, tapi sekadar berkongsi. buat masa sekarang rasa sgt happy sbb ramai yg nak berkawan dgn aku. kdg2 rasa bersalah kalau tak approve friend requests sbb niat mereka ingin berkawan. tak salahkan. okaylah. thats it. promise that akan merajinkan diri untuk update blog. see ya !!!!!

Friday, December 31, 2010

new YEAR, new LIFE, new HOPE.


GUYS.
just a short update from me. happy new year 2011.
hope this new year might bring to all of you more joyful experiences in your life.

wait for more entries in this coming 2011.

HAPPY NEW YEAR 2011. 

love and faith - ezmierhilmie.blogspot

Tuesday, December 21, 2010

It's All about Fashion - 'feel it and love it'









kerana mulut badan binasa

          kata orang tua-tua, jangan bermain di waktu senja, jangan duduk di tepi tangga dan macam-macam petua. seringkali kita mendengar pesanan dan nasihat dari orang tua-tua yang menginginkan yang terbaik untuk anak mereka. satu lagi yang seringkali kita dengar ialah pepatah, rambut manusia sama hitam tetapi hati lain-lain. mungkin itu semua pada zaman era 30-an hinggalah 60-an dahulu. kita sudah pun masuk ke zaman millenium dan rambut manusia juga sudah pelbagai rupa, warna dan bentuk. apatah lagi hati. tetapi kita ketepikan dahulu soal rambut mahupun hati. yang ingin diketengahkan dan dikongsi bersama buat tatapan semua adalah pepatah kerana mulut badan binasa.

          kita sering lupa dan alpa bahawa anggota badan kita yang satu ini mempunyai peranan yang luar biasa dalam kehidupan kita seharian. bagaimanakah agaknya keadaan kita kalau anggota yang boleh dikira sebagai yang terpenting ini hilang dalam sekelip mata. itu sebablah kita perlu bersyukur dengan kurniaan dariNya. mulut mempunyai kuasa yang sangat besar dalam mempengaruhi kehidupan seharian kita. cuba kita tukar istilah mulut ini kepada bibir, abjadnya tidak sama tetapi maksud serta intipati yang ingin diampaikan mempunyai retorik yang sama. pesanan orang tua ini sememangnya tidak boleh dipandang enteng kerana disebabkan bibir kita boleh hilang segala-galanya. sahabat, teman, keluarga, harta dan sebagainya. budi bahasa yang menjadi jambatan kepada masalah ini.

          masyarakat melayu terutamanya, amat sinonim dengan masalah mulut celupar atau dengan kata lain, mulut tak ada insuran. benarkah permasalahan ini hanya melanda masyarakat melayu yang merupakan kaum majoriti di negara kita. ketepikan sekali lagi seketika soal kaum atau masyarakat, kerana yang menjadi virus atau barah dalam permasalahan ini adalah sikap diri sendiri. mungkin kita terlepas pandang bahawa apa yang kita keluarkan dari bibir kita mungkin ada menggores hati serta menyakitkan jiwa orang disekeliling kita tanpa disedari. ada pula yang menjadikan mulut sebagai alat untuk mengumpat dan mencaci serta menghina orang lain sedangkan, paku dulang paku serpih, mengata orang, diri sendiri yang lebih.

          seperkara lagi, apa yang kita keluarkan dari mulut kita dan apa yang kita perkatakan kepada umum terutamanya rakan-rakan kita perlu dipandang serius dan dititikberatkan. sememangnya, yang dikatakan itu mungkin ada benarnya bagi yang bercakap benar dan yang selebihnya, adalah rekaan semata-mata sekadar untuk menambah perisa dalam cerita. sama seperti dalam masakan. kalau tiada garam, ajinomoto, pasti rasanya seperti buah petola, pahit bukan. begitulah juga dengan diri kita. seelok-eloknya kita perlu menilai diri kita dan berkata pada diri sendiri, sudah cukup baikkah diri kita untuk menilai serta mengkritik orang lain. mungkin bagi sesetengah orang, sikap suka menilai seseorang hanya daripada setiap butir perkataan yang keluar dari mulutnya tidak dapat dikikis lagi.

          bukan untuk berpura-pura baik seperti malaikat tetapi natijahnya, itulah perkara penting yang perlu diambil kira. bercakap baik, berkelakuan baik bukan untuk menjadi hipokrit, tetapi itu yang ditekankan oleh masyarakat kita dalam budaya melayu. tiada orang dalam dunia ini yang ingin menjadi jahat tetapi faktor keadaan sekeliling dan diri sendiri yang membuat diri menjadi jahat. akhir sekali, yang dikatakan bukanlah omongan kosong tetapi fikirkanlah. mungkin sesekali dalam hidup kita, kita perlu jadi hipokrit kerana hipokrit itu juga penting dan kuasanya sangat besar. peace. love and faith.