Wednesday, October 26, 2011

bila cinta bukan lagi perkara utama.

Pernah tak korang semua terfikir bila masanya korang akan jatuh cinta dan bila masanya pulak korang akan putus cinta. orang selalu cakap cinta ni tak boleh buat main-main sebab ada yang sampai bunuh diri. tapi kalau hati tak kuat, sebab tu lah boleh sampai bunuh diri. yang jadi gila sebab putus cinta pun ada kan?

Selalunya orang yang putus cinta ni awal-awal memanglah macam separuh mati. buat ni tak kena buat tu tak kena. semua benda jadi tak kena kan. tapi kalau lama-lama mesti boleh terima and jalani hidup semula macam biasa. parah sebenarnya kalau putus cinta. biasalah, buat benda semua sama-sama, rindu-rindu, sayang-sayang, berkasih, bermanja, tapi bila putus semua jadi gundah gulana.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman yang pernah dilalui dan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi rasa sunyi dan sedih.

1. Luangkan lebih masa bersama keluarga.

Benda ni lah yang paling penting kita kena buat sebab selalunya, bila kita tengah bercinta memang masa untuk keluarga kita hadkan sebab kita lebih utamakan si dia daripada keluarga. betulkan. jangan tipulah. kalau boleh semua benda nak pergi sama-sama nak buat sama-sama kan. so inilah masa untuk tebus balik 'kesalahan' yang telah dilakukan terhadap keluarga kerana 'mengabaikan' mereka ketika tengah hangat bercinta. apa-apa family first okay.


2. Pergi lepak dan have fun dengan kawan-kawan.

Ni lagi satu. selalunya time tengah bercinta kawan-kawan pun selalu kita lupakan sampai ada yang tersentap di hati. ambil peluang ini untuk menjernihkan keadaan supaya dapat menghabiskan masa yang terluang daripada duduk rumah termenung why not keluar pergi tengok movie, main boling, kalau yang suka pergi club, pergi joget-joget. sekurang-kurangnya dapat ubat hati yang lara.


3. Fokus pada pelajaran dan masa depan.

Ingat, masa depan merupakan perkara yang paling vital dalam hidup kita yang kita kena fikirkan. jangan sebab putus cinta, kita rasa down sampai taknak sambung belajar. ingatlah kawan-kawan sekalian, penat lelah ibu dan ayah kita membesarkan kita dan ingat melihat kita berjaya. belajar rajin-rajin sampai berjaya dan  dapatkan kerja yang bagus supaya dapat kumpul harta banyak-banyak. bila dah kaya, takpayah lagi cari orang, orang yang datang berduyun-duyun nak kat awak.


Mungkin apa yang dikongsi ni tak cukup untuk mengurangkan rasa kesedihan dek putus cinta tapi sekurang-kurangnya dapat mengubat sikit rasa kecewa dan duka dalam hati tu. memang susah nak lupakan orang yang kita pernah paling sayang dalam dunia ni lebih-lebih lagi kalau dia menganggap benda yang sama. bukan bermaksud untuk menanam rasa kebencian pada sang mantan dan kalau boleh jangan sesekali rasa benci padanya.


Selalunya kita tengok kalau putus cinta mesti nak benci mesti nak maki. tolong ubah persepsi ini. bukan semua perpisahan itu satu perkara yang teruk, mungkin perpisahan yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. teringat kata-kata hikma yang selalu kita dengar. Tuhan takkan mengambil sesuatu yang kita sayang daripada kita tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. tak salah untuk terus mencintai si dia walaupun dia sudah tidak memerlukan kita. sayang itu subjektif dan berilah kasih dan sayang kita pada yang benar-benar ikhlas menerima diri kita.


Rasanya cukup sampai sini dulu. See ya!!!!!!!!! Happy Diwali dan selamat bercuti semua.

1 comment:

  1. Оцените: сколько стоит проститутка
    Жeнcтвeннaя, нeжнaя kykoлka packpoeт тайнy эpoтичeckoго yдовольствия! И самая блестящая речь надоедает, если ее затянуть

    ReplyDelete