Wednesday, October 26, 2011

bila cinta bukan lagi perkara utama.

Pernah tak korang semua terfikir bila masanya korang akan jatuh cinta dan bila masanya pulak korang akan putus cinta. orang selalu cakap cinta ni tak boleh buat main-main sebab ada yang sampai bunuh diri. tapi kalau hati tak kuat, sebab tu lah boleh sampai bunuh diri. yang jadi gila sebab putus cinta pun ada kan?

Selalunya orang yang putus cinta ni awal-awal memanglah macam separuh mati. buat ni tak kena buat tu tak kena. semua benda jadi tak kena kan. tapi kalau lama-lama mesti boleh terima and jalani hidup semula macam biasa. parah sebenarnya kalau putus cinta. biasalah, buat benda semua sama-sama, rindu-rindu, sayang-sayang, berkasih, bermanja, tapi bila putus semua jadi gundah gulana.

Sekadar ingin berkongsi pengalaman yang pernah dilalui dan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi rasa sunyi dan sedih.

1. Luangkan lebih masa bersama keluarga.

Benda ni lah yang paling penting kita kena buat sebab selalunya, bila kita tengah bercinta memang masa untuk keluarga kita hadkan sebab kita lebih utamakan si dia daripada keluarga. betulkan. jangan tipulah. kalau boleh semua benda nak pergi sama-sama nak buat sama-sama kan. so inilah masa untuk tebus balik 'kesalahan' yang telah dilakukan terhadap keluarga kerana 'mengabaikan' mereka ketika tengah hangat bercinta. apa-apa family first okay.


2. Pergi lepak dan have fun dengan kawan-kawan.

Ni lagi satu. selalunya time tengah bercinta kawan-kawan pun selalu kita lupakan sampai ada yang tersentap di hati. ambil peluang ini untuk menjernihkan keadaan supaya dapat menghabiskan masa yang terluang daripada duduk rumah termenung why not keluar pergi tengok movie, main boling, kalau yang suka pergi club, pergi joget-joget. sekurang-kurangnya dapat ubat hati yang lara.


3. Fokus pada pelajaran dan masa depan.

Ingat, masa depan merupakan perkara yang paling vital dalam hidup kita yang kita kena fikirkan. jangan sebab putus cinta, kita rasa down sampai taknak sambung belajar. ingatlah kawan-kawan sekalian, penat lelah ibu dan ayah kita membesarkan kita dan ingat melihat kita berjaya. belajar rajin-rajin sampai berjaya dan  dapatkan kerja yang bagus supaya dapat kumpul harta banyak-banyak. bila dah kaya, takpayah lagi cari orang, orang yang datang berduyun-duyun nak kat awak.


Mungkin apa yang dikongsi ni tak cukup untuk mengurangkan rasa kesedihan dek putus cinta tapi sekurang-kurangnya dapat mengubat sikit rasa kecewa dan duka dalam hati tu. memang susah nak lupakan orang yang kita pernah paling sayang dalam dunia ni lebih-lebih lagi kalau dia menganggap benda yang sama. bukan bermaksud untuk menanam rasa kebencian pada sang mantan dan kalau boleh jangan sesekali rasa benci padanya.


Selalunya kita tengok kalau putus cinta mesti nak benci mesti nak maki. tolong ubah persepsi ini. bukan semua perpisahan itu satu perkara yang teruk, mungkin perpisahan yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. teringat kata-kata hikma yang selalu kita dengar. Tuhan takkan mengambil sesuatu yang kita sayang daripada kita tanpa menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. tak salah untuk terus mencintai si dia walaupun dia sudah tidak memerlukan kita. sayang itu subjektif dan berilah kasih dan sayang kita pada yang benar-benar ikhlas menerima diri kita.


Rasanya cukup sampai sini dulu. See ya!!!!!!!!! Happy Diwali dan selamat bercuti semua.

Sunday, September 25, 2011

soal hati dan perasaan tak boleh dipaksa.

hello people. lamanya tak menulis blog. rindu nak menulis NEW ENTRY!
semua sihat? kali ni teringin nak tulis pasal LOVE
might be boring but i think i should write something about love.
read this poem first and try to understand the power of love.


Will you love me in December as you do in May,
Will you love me in the good old fashioned way?
When my hair has all turned gray,
Will you kiss me then and say,
That you love me in December as you do in May?
~James J. Walker

sometimes the greatest journey in the world is the distance between you and the person you love the most. 

no matter how much you love him/her but if you are really sincere to live your life with your loved one, you have no doubt to sacrifice anything for him/her.















Saturday, June 4, 2011

bermulalah sebuah perjalanan; bila orang dah mula tak suka.

seminggu sudah berlalu semester baru. macam-macam ragam kawan-kawan dah jumpa especially dalam mencari groupmates untuk groupwork. dia nak dia dia tak nak dia, dia suka dia, dia tak suka dia. macam-macam perangai, but they are my friends. i love them so much.

yang nak cerita sekarang is semester ni kitorang penat sikit sebab akan stress yang melebih-lebih sampai boleh bunuh diri. tapi insyaAllah, tolonglah cepatkan habis sem ni. i just can't wait to finish my study. dah tak laratlah. nak kerja pulak. nak rasa pegang duit sendiri. btw, sebelum lupa,

we are searching for talents; siapa yang berminat untuk berlakon dalam short film, please let me know and the most important thing, you need to have and give good expressions and lot of passions in acting. the experience will be great and i can sure that you will be happy working with our Production Team. will update about the audition soon. latest by next week. please be ALERT.

minggu lepas kecoh pasal ada budak form 2 buat pengakuan dekat blog yang dia bukan virgin. macam-macam reaksi orang kita. biasalah, nama pun Melayu. mana boleh senang duduk kan. and and, korang tengok tak cerita Anissa for slot SAMARINDA? jangan lepaskan weyh, cerita ni sumpah best sebab theme dia pasal percintaan, persahabatan, kepercayaan and kasih sayang. and jangan lupa slot Lestary new drama Ana Lu'lu. aku ada dalam slot ni tapi kejap je dalam 3 babak kot, without script, tapi at least adalah jugak masuk tv. tak payah nak komen banyak2 okay. 

have a great weekend guys, and kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. udah-udahlah tu membenci orang sbb hidup ni terlalu singkat untuk memenci.



Saturday, May 28, 2011

cinta datang tanpa diundang; cinta pergi tak diketahui.

hello bloggers.
seperti yang dijanjikan, sekarang dah kena rajin update blog. nanti kawan-kawan tak keluarkan ayat-ayat untuk MENYENTAPKAN aku. 

isnin dah mula start sem baru. 

OH MA GADDD OH MA GADDD.

 i'm not ready yet for classes, assignments but i really enjoy to meet all my friends, jumpa junior yang 'auuummmm'.

seriously sebenarnya tak tahu nak cerita apa, tapi inilah pengalaman selama 
20 tahun hidup. cuti semester selama sebulan ini juga aku menyambut hari kelahiran yang ke-20 dan seperti yang dipendam dalam hati, rasanya dah sampai masanya untuk bercanda bersuka-ria. 
by the way, siapa tak rasa LONELY kan kalau dah 20 tahun single. tapi kan, apa yang aku lalui selama ni aku rasa penat nak percaya pada orang yang suka menaburkan janji dan kata manis tapi tak pernah nak tunaikan. sedihkan, tapi aku percaya ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
kawan-kawan pun ramai cakap, 'you are just 20 muda lagi seyh'. betul jugak apa diorang cakap. tak perlu nak menangis meraung-raung takde kekasih hati sebab satu hari nanti pasti ada yang datang. 

last but not least, from now on, I need to forget what have gone; appreciate what still remains and look forward to what's coming next. come on hilmie.

Wednesday, May 25, 2011

bila semua berbicara tentang result .

sudah sekian lama agaknya blog ini bersendiri.
maaflah, sebenarnya cuma tak ada masa nak berblogging macam orang lain. dan secara jujurnya, i'm not into blog blog ni sangat sebab banyak lagi benda saya boleh buat macam korek hidung, kira bulu kaki dan sebagainya.

jadi ada kawan yang marah. dia kata " kau ni nama je ada blog tapi malas nak update. meh aku jadi PA kau update kan pasal kau setiap hari " katanya.

OMG OMG OMG. saya bukan artis. mungkin belum lagi. mark that.
jadi mulai saat ini aku berazam untuk rajin mengupdate blog untuk menambah followers. terima kasih pada semua ya.

sebenarnya nak cerita pasal

RESULT!!!

sekarang ni budak uitm semua duk sibuk2 check result, tanya result kawan-kawan dan macam2 lagi. tapi jangan lupa jasa lecturer dan kawan2 yang banyak membantu kita dalam mencapai keputusan yang cemerlang.

jadi di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan dan juga lecturer yang banyak membantu dalam tempoh pengajian ini. 

4 hari lagi dah nak start belajar !!! still not ready yet.







Sunday, January 30, 2011

campus life

hello readers. 
lama weyh tak update blog for new entry. im so sorry. im too busy for the first month with early project and assignments. almaklumlah, lelaki berkerjaya. berkerjaya kah? forget about it.

by the way, for new entry, diri rasa tertarik untuk berkongsi sedikit tetang apa yang dilalui selama sebulan ada kat kampus. macam2 perasaan.  
sedih, happy, muram, gila, sewel, otak nak tercabut, meroyan 

and macam2 lagi. tapi semua best. tak sampai sebulan dekat kampus, walaupun tidak terlibat dengan Minggu Destini Siswa dek kerana mulut2 jahat yang mennyingkirkan KAMI THE MOVIE, terpaksalah akur untuk tidak menjaja diri. so niat utama semester baru untuk menjadi low profile. masalahnya, tak jadi niat tu. bukan tak jadi sebab taknak atau tak mampu. tapi dah cuba pretend untuk menyorokkan diri, but at last, org lain yang 'up' kan nama dan diri ini. sincerely, i really appreciate it. pendek kata, tak sampai sebulan, dah ramai jugaklah yang kenal dekat kampus tu. kalau kat facebook jangan ceritalah. bukan nak bongkak atau menunjuk2, tapi sekadar berkongsi. buat masa sekarang rasa sgt happy sbb ramai yg nak berkawan dgn aku. kdg2 rasa bersalah kalau tak approve friend requests sbb niat mereka ingin berkawan. tak salahkan. okaylah. thats it. promise that akan merajinkan diri untuk update blog. see ya !!!!!